Sunday, April 12, 2009

Kejutan Demi Kejutan..

Hari pertama exam..

Seawal 6 pagi aku bangun walaupun berat sangat kepala ni..Dada terus berdebar kencang, tangan sejuk macam baru lepas pegang ais..ku tabahkan hati jua..hari ini permulaan langkahku..Permulaan utk suatu kejayaan..

*aku harus tabahkan hati* bisik hatiku mula memainkan peranan mengatasi egoku..

Selepas solat subuh, aku sempat sarapan..cukupla sekadar mengalas perut dgn roti bakar dan secawan nescafe..berbekalkan ilmu yang sedikit ni, aku terus ke medan perjuagan bersama sahabat2 ku yang lain..

sementara menunggu di dewan..

*sekarang, kamu semua boleh masuk ke dewan dan duduk di tempat masing*...kata ketua pemeriksa..

Dengan Bismillah, aku memulakan langkah..

Di depan pintu, aku sempat terpandang sesorang yang sentiasa memberikanku semangat..Nasihatnya seperti sorang ayah kepada anaknya yang tidak tahu arah tujuan.. Seyuman terukir dibibirnya..dan aku paham..aku paham..itu suatu keyakinan jitu lahir dari hatinya..

Aku teruskan langkah, dan duduk di tempatku..Selepas arahan berikutnya diberi, kami dibenarkan menulis angka giliran..

*dgn ini, kamu boleh mula menjawab..peperiksaan anda mengambil masa 2 jam dan 30 minit..*

Baru saja buka kertas soalan...

*perhatian, sila berhenti menjawab.. anda dikehendaki keluar dewan!*..

ooohh!! kejutan apekah ini..kami semua dihalau keluar dari dewan dgn segera..dan peperiksaan di tangguh semula..semua bising diluar dewan!

Rupa2 nya..ade masalah dgn soalan tersebut..(tidak perlu dinyatakan..hehe)

Lidah ku kelu..oohh kejutan apekah lagi yang akan tiba utk hari besok..sama2 la kita nantikan..

harap2, sume ni ade hikmah disebalik..segala yang terbaik kita nantikan..




p/s: aku takut utk menempuh hari besok..huhu..Tuhan tolongla...

3 comments: